Tumpuan :
PEMBERITAHUAN:MYTV akan menjalankan penyelenggaraan dari 5 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026, jam 01:00 pagi hingga 5:00 pagi.
Jenayah

Suspek bunuh wanita disahkan positif dadah

Salah seorang warga asing, dibawa ke Mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita yang dipercayai dibunuh di sini, semalam. – Foto NSTP

Oleh: Nur Izzati Mohamad

BUTTERWORTH: Salah seorang daripada dua lelaki yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita di Flat Sri Murni, Sungai Dua, tengahari kelmarin, disahkan positif dadah.

Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail, berkata, kedua-dua suspek berusia 40 dan 45 tahun itu masing-masing ditahan di kawasan Bukit Mertajam dan Kubang Semang, di sini, selepas tiga jam kejadian itu dilaporkan.

Menurutnya, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang wanita ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah rumah.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa wanita berusia lingkungan 40-an itu bekerja sebagai pemandu van sekolah.

“Mangsa dijumpai terbaring dalam sebuah bilik tidur dengan kesan luka kelar pada lehernya dipercayai menggunakan objek tajam.

“Bertindak melalui maklumat dan risikan, sepasukan polis berjaya menahan dua suspek dalam masa tiga jam selepas kejadian. Salah seorang suspek yang ditahan positif dadah jenis ketamin,” katanya tadi.

Jelasnya, kedua-dua tangkapan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 11 Februari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini