Tumpuan :
PEMBERITAHUAN:MYTV akan menjalankan penyelenggaraan dari 5 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026, jam 01:00 pagi hingga 5:00 pagi.
Nasional

Lelaki jatuh sungai ditemui maut di Sungai Layar

Foto JBPM Sarawak

BETONG: Seorang lelaki ditemui maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Layar di kawasan Batu Lintang Ulu Layar, di sini, petang tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Frengkie Empaga Baba, 57.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.40 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 3.02 petang dan mendapati benar terdapat seorang mangsa lelaki terjatuh ke dalam Sungai Layar seperti dimaklumkan oleh pemanggil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggota bomba bertindak membantu pihak polis serta penduduk kampung mengeluarkan mangsa dari sungai.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Punca kejadian masih dalam siasatan polis.

Loading...
Terkini