Tumpuan :
PEMBERITAHUAN:MYTV akan menjalankan penyelenggaraan dari 5 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026, jam 01:00 pagi hingga 5:00 pagi.
Nasional

Lelaki Myanmar dalang seludup migran ditahan

Sebahagian warga Bangladesh dan Myanmar ditahan di sebuah premis di Alor Setar melalui Ops Serkap, semalam. Foto Jabatan Imigresen

Oleh: Zuliaty Zulkiffli

ALOR SETAR: Lelaki warga Myanmar yang disyaki antara individu penting kegiatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran ditahan melalui Op Serkap dijalankan Jabatan Imigresen di sekitar daerah ini semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan memainkan peranan mengurus, menjaga serta mengatur pergerakan migran di sebuah premis yang dijadikan sebagai lokasi penempatan sementara.

Jabatan Imigresen negeri melalui kenyataan berkata suspek ditahan untuk membantu siasatan berdasarkan kesalahan i bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Selain lelaki itu, pemeriksaan Imigresen di premis terbabit turut membawa kepada penahanan 29 warganegara Bangladesh dan Myanmar.

Mereka mereka terdiri 23 lelaki dan enam perempuan, termasuk seorang kanak-kanak dengan semuanya berusia antara lima hingga 62 tahun.

“Berdasarkan pemeriksaan, mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah, sekali gus melanggar peruntukan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya.

Loading...
Terkini