
Oleh: Alias Abd Rani
TANGKAK: Mayat seorang lelaki ditemui dalam kawasan kebun di Parit Bunga Laut, Sungai Mati, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, identiti mayat terbabit belum dipastikan kerana ditemui dalam keadaan reput.
Beliau berkata, polis menerima panggilan orang awam berhubung penemuan mayat pada jam 3.15 petang.
“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini dan diklasifikasikan mati mengejut.
“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi Ketua Balai Polis Sungai Mati, Sarjan Mejar Azaam Nordin di talian 012-2416116 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, 06-978 5222 bagi membantu siasatan.



