Tumpuan :
PEMBERITAHUAN:MYTV akan menjalankan penyelenggaraan dari 5 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026, jam 01:00 pagi hingga 5:00 pagi.
Seantero

Remaja Palestin ditembak di Beita, dihalang terima rawatan

FAIL AFP

TEBING BARAT: Seorang remaja Palestin berusia 16 tahun dilaporkan ditembak oleh tentera Israel dalam satu operasi serbuan di Beita, selatan Nablus, menurut sumber perubatan dan tempatan.

Pengarah Pusat Kecemasan dan Ambulans Bulan Sabit Merah di Nablus, Eid Ahmed, berkata mangsa terkena tembakan peluru hidup, namun pasukan perubatan dihalang daripada memberikan rawatan segera, lapor media WAFA.

Usaha Libatkan Palang Merah

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, usaha sedang dijalankan dengan kerjasama Palang Merah Antarabangsa bagi membolehkan mangsa dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Insiden ini menambah ketegangan di Tebing Barat yang terus menyaksikan pertembungan antara penduduk Palestin dan tentera Israel.

Loading...
Terkini