Tumpuan :
PEMBERITAHUAN:MYTV akan menjalankan penyelenggaraan dari 5 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026, jam 01:00 pagi hingga 5:00 pagi.
Sukan

Rekod perpindahan Januari meningkat, perbelanjaan global menurun – FIFA

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) - Foto AFP
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) – Foto AFP

PARIS: Jendela perpindahan musim sejuk Januari 2026 mencatat rekod baharu dari segi jumlah transaksi pemain di peringkat global, namun perbelanjaan keseluruhan menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya, menurut Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam kenyataan pada Khamis, FIFA memaklumkan jendela perpindahan Januari 2026 merekodkan peningkatan tiga peratus jumlah perpindahan berbanding rekod terdahulu, dengan lebih 5,900 transaksi antarabangsa berjaya dimuktamadkan.

Bagaimanapun, jumlah perbelanjaan keseluruhan mencecah lebih AS$1.9 bilion, iaitu susut 18 peratus berbanding rekod AS$2.35 bilion yang dicatatkan pada Januari 2025.

Kelab England kekal sebagai pembelanja terbesar dengan pampasan perpindahan melebihi AS$363 juta, meskipun angka itu menurun ketara berbanding AS$623 juta tahun lalu, namun masih jauh mendahului kelab Itali di tempat kedua dengan AS$283 juta.

Kelab Brazil pula melonjak ke kelompok tiga teratas tahun ini dengan perbelanjaan AS$180 juta, termasuk sekitar AS$49 juta menerusi perpindahan Lucas Paqueta ke Flamengo dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham.

Kelab Arab Saudi, yang sebelum ini antara pembelanja utama (keempat, AS$213 juta pada 2025), merosot ke kedudukan keenam dengan perbelanjaan AS$101 juta.

Dari segi pendapatan perpindahan, kelab Perancis sekali lagi mendahului dengan jumlah AS$218 juta diterima, berbanding AS$373 juta pada Januari 2025, diikuti kelab Itali, Brazil, England dan Sepanyol.

Sementara itu, bola sepak wanita turut mencatat rekod baharu perbelanjaan apabila lebih AS$10 juta dibelanjakan pada Januari, meningkat 85 peratus berbanding rekod tahun lalu, walaupun jumlah perpindahan menurun enam peratus kepada 420 transaksi pada Januari 2026.

Sekali lagi, kelab England muncul sebagai pembelanja terbesar dalam bola sepak wanita dengan perbelanjaan melebihi AS$5 juta. – AFP

Loading...
Terkini