Tumpuan :
PEMBERITAHUAN:MYTV akan menjalankan penyelenggaraan dari 5 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026, jam 01:00 pagi hingga 5:00 pagi.
Sukan

Ronaldo kembali turun berlatih walaupun masih mogok

Kapten Al-Nassr, Cristiano Ronaldo belum pasti akan beraksi pada perlawanan Liga Pro Saudi menentang Al-Ittihad awal pagi Sabtu ini. – Foto AFP

RIYADH: Cristiano Ronaldo kembali menyertai sesi latihan bersama kelab Liga Pro Saudi (RSL), Al-Nassr walaupun masih dalam situasi mogok.

Bintang bola sepak berusia 41 tahun itu sebelum ini menggemparkan negara Teluk berkenaan apabila enggan beraksi dan penyertaannya pada perlawanan menentang Al-Ittihad awal pagi Sabtu ini masih belum pasti.

Ronaldo, yang memperoleh gaji lumayan £488,000 (kira-kira RM2.6 juta) sehari, difahamkan tidak berpuas hati dengan dasar pengambilan pemain kelab serta berasakan penyokong kewangan Arab Saudi memberi layanan lebih istimewa kepada pencabar mereka.

Namun penyerang Portugal itu dilihat kembali menjalani latihan di padang di bawah pengawasan pengurus, Jorge Jesus memberi bayangan dia mungkin kembali bersama pasukan selepas sebelum ini berlatih secara berasingan.

Ronaldo turut berkongsi gambar latihan itu kepada 671 juta pengikutnya di media sosial.

Dia memuat naik beberapa emoji hati berwarna biru dan kuning, warna rasmi kelab namun tidak menulis sebarang kapsyen.

Ronaldo, yang menjadi nama terbesar dan ikon pemasaran RSL, ketika ini dijangka terus memulaukan perlawanan kali kedua berturut-turut.

Dia dikatakan mahukan jaminan konkrit Dana Pelaburan Awam (PIF) akan melakukan perubahan terhadap cara pengurusan kelabnya.

Karim Benzema pula baru-baru ini melengkapkan perpindahan kontroversi dari Al-Ittihad ke Al-Hilal, satu tamparan hebat buat Ronaldo.

Ronaldo tidak turun ketika menentang Al-Riyadh dan tindakan memulaukan aksi berdepan Al-Ittihad dilihat sebagai langkah lebih besar jika ia benar-benar berlaku.

Al-Nassr kini menghuni tangga kedua liga, hanya satu mata di belakang Al-Hilal dan 12 mata di depan lawan seterusnya.

Ronaldo dilaporkan kecewa apabila Al-Hilal berbelanja bersih £180 juta (RM967 juta) lebih tinggi berbanding pasukannya sejak musim 2022-23, iaitu ketika dia menyertai kelab itu. – AGENSI

Loading...
Terkini