Tumpuan :
PEMBERITAHUAN:MYTV akan menjalankan penyelenggaraan dari 5 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026, jam 01:00 pagi hingga 5:00 pagi.
Tragedi

Mayat lelaki reput ditemukan dalam kebun

Oleh: Alias Abd Ra

TANGKAK: Penduduk gempar susulan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan kebun berhampiran Parit Bunga Laut, Sungai Mati, di sini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, bagaimanapun identiti mayat terbabit sukar dipastikan berikutan ia ditemui dalam keadaan reput.

Beliau berkata, polis menerima panggilan orang awam berhubung penemuan mayat itu pada jam 3.15 petang semalam.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi Ketua Balai Polis Sungai Mati, Sarjan Mejar Azaam Nordin di talian 012-2416116 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, 06-978 5222 bagi membantu siasatan.

Difahamkan, polis akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat terbabit bagi mengenalpasti identitinya.

Loading...
Terkini