Tumpuan :
PEMBERITAHUAN:MYTV akan menjalankan penyelenggaraan dari 5 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026, jam 01:00 pagi hingga 5:00 pagi.
Infografik

FFC-TMTG: Semua aktivis berada di Penjara Ketziot, 9 rakyat Malaysia selamat – MyCARE

Oleh Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Sembilan rakyat Malaysia yang terlibat dalam Misi Kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition–Thousand Madleens to Gaza (FFC-TMTG) dan ditahan tentera rejim Zionis kini berada dalam keadaan selamat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar dalam sidang media sebentar tadi.

Jelasnya, tujuh daripada sembilan delegasi Malaysia telah bertemu dengan peguam dari Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH).

“Pada ketika ini, peguam ADALAH melaporkan sembilan buah kapal telah ditunda ke Pelabuhan Ashdod.

“Peguam ADALAH juga mengesahkan bahawa kesemua 145 aktivis Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Medeleens telah dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel.

“Peguam ADALAH telah berjumpa dengan sebahagian delegasi dan proses guaman masih berlangsung. Ada yang mengalami keganasan semasa pemintasan dan peguam telah meminta untuk bertemu dengan mereka awal petang ini nanti,”jelasnya.

Tambah Kamarul Zaman lagi, dua lagi delegasi Malaysia akan dibantu peguam ADALAH dalam masa terdekat.

“Peguam ADALAH telah pun menuntut untuk hadir di semua perbicaraan dan akan memberikan maklumat terkini tidak lama lagi.

“Selain itu, kemungkinan tiga orang delegasi Ahli Parlimen Turkiye akan dihantar pulang malam ini atau pagi esok.

“Perbicaraan tribunal akan berlangsung dalam tempoh dua hari dari sekarang. Kita tahu ada tiga Ahli Parlimen Turkiye dan kita juga tahu Insya-Allah urusan bagi proses membebaskan tahanan sedang diusahakan oleh Wisma Putra,”katanya lagi.

Misi kemanusiaan FFC x TMTG itu melibatkan 150 aktivis dari 25 buah negara yang menaiki sembilan kapal termasuk kapal Conscience dipintas tentera zionis ketika berada kurang 120 batu nautika daripada Gaza semalam.

Lapan aktivis Malaysia menaiki kapal Conscience, terdiri daripada Ketua Misi, Prof. Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali; Dr Fauziah Hassan; Dr Hafiz Sulaiman; Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; wartawan Syafik Shukri Abdul Jalil; dua pensyarah universiti, Prof. Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.

Loading...
Terkini