Klik video untuk tonton siaran penuh pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dapatkan berita terkini, komprehensif dan inti pati Belanjawan 2026 dengan klik di sini.


Perdana Menteri memberitahu kepada Dewan Rakyat bahawa Malaysia menyambut baik dan menaruh harapan terhadap usaha damai yang diterajui Amerika Syarikat bersama Mesir dan Qatar bagi memastikan rundingan antara Hamas dan Israel membuahkan hasil yang menjamin kebebasan serta kemerdekaan rakyat Palestin.
Pembentangan Belanjawan 2026 selesai pada jam 6.00 petang.
Berita berkaitan Belanjawan 2026: Pengumuman PM jadi motivasi berkhidmat lebih cemerlang
Baca lagi:
Belanjawan 2026 dapat imbangi defisit negara – Johari Ghani
Belanjawan 2026: PETRA sambut baik penekanan kemampanan sumber tenaga dan air
Belanjawan 2026 utamakan tanggungjawab fiskal yang berhemat, prihatin kepada rakyat- Zahid Hamidi
Sabah, Sarawak julung kali terima peruntukan tinggi – Fadillah

Sumbangan khas RM500 bagi mengahargai khidmat 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.

RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM250 kepada semua pesara kerajaan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena Aidilfitri.
Berita penuh di Belanjawan 2026: Penjawat awam terima bantuan khas kewangan RM500, pesara RM250
Lagi berita Belanjawan 2026: CUEPACS sambut baik bantuan khas RM500 penjawat awam

Sebanyak RM110 juta diumumkan sebagai insentif galakan kepada penerbit filem tempatan dan antarabangsa, menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.
Bagi penerbitan kandungan kenegaraan dan penganjuran konsert, masing-masing diperuntukkan insentif sebanyak RM10 juta.
Berita penuh di Belanjawan 2026: RM110 juta insentif galakan hasil karya seni berkualiti

RM2.6 bilion diperuntuk bagi menegakkan Syiar Islam. Prasarana sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz antaranya akan ditambah baik termasuk penggantian peralatan pengajian usang di institusi pondok berdaftar dengan peruntukan RM150 juta.

Seramai 80,000 pembeli rumah pertama baharu ditawarkan jaminan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM20 bilion berbanding RM10 bilion bagi meneruskan pembinaan kediaman rakyat.
Berita penuh di Belanjawan 2026: 80,000 pembeli rumah pertama baharu ditawar jaminan SJKP

RM580 juta untuk pembangunan sukan negara termasuk program Road to Gold (RTG), persediaan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 serta pemerkasaan atlet para.
Berita penuh di Belanjawan 2026: RM580 juta perkukuh pembangunan sukan

Had pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk ibadat Haji ditingkatkan daripada RM3,000 kepada RM10,000.
Berita penuh di Belanjawan 2026: Had pengeluaran KWSP tunai haji dinaikkan kepada RM10,000

Sebanyak RM120 juta diperuntukkan bagi membiayai pendidikan percuma melalui PTPTN untuk 5,800 pelajar daripada keluarga miskin yang melanjutkan pengajian di IPTA.
Berita penuh di PTPTN: Pendidikan percuma untuk 5,800 pelajar, pengecualian bayar balik untuk graduan cemerlang

RM18.6 bilion diperuntuk kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) termasuk lebih RM400 juta untuk menyelenggara prasarana dan penggantian peralatan usang.
Berita penuh di Belanjawan 2026: KPT terima RM18.6 bilion untuk universiti awam, politeknik, kolej komuniti

Kementerian Pendidikan menerima peruntukan RM66.2 bilion, lebih tinggi berbanding 2025 (RM64.2 Bilion) dengan 38 sekolah baharu akan dibina, termasuk SK Sri Sadong di Serian, SK Sabandar di Tuaran dan Kompleks Sekolah Bandar Layangkasa di Johor Bahru.
Berita penuh di Belanjawan 2026: Peruntukan RM66.2 bilion untuk pendidikan

RM1 bilion diperuntuk bagi teruskan inisiatif tangani kos sara hidup antaranya memperbanyakkan Program Payung RAHMAH di semua kawasan DUN seluruh negara.

Kadar duti eksais produk rokok dinaikkan secara berfasa mulai 1 November 2025, melibatkan kenaikan 2 sen setiap batang rokok, RM40 sekilogram bagi cerut, cheroot dan cigarillos, serta RM20 sekilogram kandungan tembakau bagi produk heated tobacco.
Kadar duti eksais produk rokok dinaikkan secara berfasa mulai 1 November 2025, melibatkan kenaikan 2 sen setiap batang rokok, RM40 sekilogram bagi cerut, cheroot dan cigarillos, serta RM20 sekilogram kandungan tembakau bagi produk heated tobacco.#BuletinTV3 #Belanjawan2026… pic.twitter.com/at1agUKzct
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Belanjawan 2026: Duti eksais rokok, arak naik mulai 1 November

Bagi menambah petugas di fasiliti kesihatan awam pada 2026, sebanyak 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap dan hampir 935 graduan Institut Latihan KKM akan ditawarkan jawatan tetap sebagai jururawat.
Berita penuh di 4,500 doktor kontrak, 935 graduan jururawat ditawar lantikan tetap tahun depan

KKM terima RM46.5 Bilion meningkat berbanding RM45.3 Bilion pada tahun 2025.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima peruntukan sebanyak RM46.5 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu meningkat berbanding RM45.3 bilion pada tahun lalu.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/f5WmTIaKwb
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Belanjawan 2026: Peruntukan KKM meningkat kepada RM46.5 bilion
Lagi berita di Belanjawan 2026: Peruntukan RM140 juta atasi isu kesesakan hospital awam

RM3.1 bilion bagi bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk lebih 560,000 penerima, meningkat berbanding RM2.9 bilion pada 2025.

RM15 bilion untuk STR membabitkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (STR) 2026, termasuk pemberian Penghargaan SARA.
Bayaran STR Fasa 4 2025, yang dijadualkan untuk bulan November akan disalurkan bermula 18 Oktober 2025.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/LUvdc6chUl
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Belanjawan 2026: Kerajaan peruntuk RM15 bilion untuk STR, SARA 2026

Pemberian penghargaan SARA bernilai RM100 kepada semua 22 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari 2026.
Pemberian penghargaan SARA bernilai RM100 kepada semua 22 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari 2026.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/fwPwF7cciU
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025

Sejumlah RM412 juta diperuntukkan bagi memperkasa Orang Asli secara menyeluruh, tidak termasuk peruntukan di bawah Bumiputera.
Peruntukan bagi komuniti Orang Asli dipertingkat kepada RM412 juta, tidak termasuk peruntukan di bawah bumiputera bagi memperkasa golongan itu.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/E9BSNcJzqq
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Belanjawan 2026: Kerajaan peruntuk RM412 juta untuk Orang Asli

Kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk melaksanakan PLKN secara rintis di peringkat pendidikan tinggi sebelum pelaksanaan penuh pada 2027.
Berita penuh di Belanjawan 2026: RM250 juta bagi pelaksanaan PLKN

Kerajaan umum inisiatif buat golongan belia merangkumi latihan sambil bekerja kepada 11,000 belia tanpa ijazah oleh Khazanah bernilai RM200 juta, peruntukan hampir RM30 juta oleh MARA untuk melatih anak Bumiputera dengan jaminan pekerjaan dan pembiayaan usahawan belia oleh BSN dengan peruntukan RM150 juta.

Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 perbelanjaan yuran TASKA dan TADIKA diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar serta had umur anak yang layak dinaikkan sehingga 12 tahun.
Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 ke atas perbelanjaan yuran taman asuhan atau taman didikan kanak-kanak yang berumur sehingga 6 tahun diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar.
Selain itu, had umur anak dinaikkan kepada 12 tahun berkuat kuasa… pic.twitter.com/DZeJsMXuDY
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025

Sebanyak RM2.4 bilion diperuntukkan khusus bagi menyokong kelangsungan dan memperkukuh kapasiti kontraktor Bumiputera G1 hingga G4, selaras dengan usaha memperkasa penyertaan usahawan Bumiputera.
Berita penuh di Belanjawan 2026: RM2.4 bilion perkasa usahawan Bumiputera

Kerajaan bersama pengeluar kenderaan nasional akan menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 kepada pemilik yang melupuskan kereta berusia lebih 20 tahun dan membeli kenderaan nasional baharu.
Berita penuh di Belanjawan 2026: Geran padanan hingga RM4,000 untuk lupus kereta, beli kenderaan nasional

Penambahan Tanah Rizab Melayu seluas 50 ekar di Bandar Malaysia dan fasa pembangunan akan bermula menjelang akhir tahun 2026.
Penambahan Tanah Rizab Melayu seluas 50 ekar di Bandar Malaysia dan fasa pembangunan akan bermula menjelang akhir tahun 2026.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/sjeDVVzFwN
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025

Kerajaan sedia RM3.3 bilion untuk projek prasarana asas desa merangkumi jalan kampung, bekalan air dan elektrik luar bandar, serta jambatan dan lampu jalan.
Berita penuh di Belanjawan 2026: Kerajaan peruntuk RM3.3 bilion untuk infrastruktur luar bandar

Peruntukan RM1 bilion disediakan bagi menyelenggara serta perolehan aset baharu untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan beruniform di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Berita penuh di Belanjawan 2026: RM1 bilion selenggara, beli aset baharu PDRM

Bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara, peruntukan berjumlah RM21.7 bilion disalurkan kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan RM21.2 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Peruntukan berjumlah RM42.9 bilion diumum bagi mempertingkat kesiapsiagaan pertahanan negara dan ketenteraman awam.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/Uxu6JatUKN
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Belanjawan 2026: Kementerian Pertahanan terima peruntukan RM21.7 billion
Lagi berita Belanjawan 2026: ATM akan laksana perbelanjaan berhemah

Cukai Karbon akan diperkenal dengan memberi tumpuan kepada sektor besi, keluli dan tenaga pada tahun 2026, selain penggubalan RUU Perubahan Iklim Negara.
Berita penuh di Belanjawan 2026: Cukai Karbon diperkenalkan tahun depan

RM2.62 bilion disediakan untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah seperti subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih dan insentif pengeluaran padi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum beberapa manfaat bagi golongan usahawan tani, pesawah bagi Belanjawan 2026.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/DzoVgikfHX
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Belanjawan 2026: RM2.62 bilion untuk subsidi, bantuan kepada pesawah

FELDA, RISDA, FELCRA terima RM2.4 bilion untuk terus melindungi lebih 720,000 peneroka, pekebun kecil serta keluarga.
Peruntukan sebanyak RM2.4 bilion kepada FELDA, RISDA dan FELCRA untuk terus melindungi lebih 720,000 peneroka, pekebun kecil serta keluarga.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/RQ6M7eZZlF
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Belanjawan 2026: Agrikomoditi sumbang hampir RM90 bilion kepada KDNK

Malaysia sebagai negara AI menjelang 2030 membabitkan peruntukan RM5.9 Bilion bagi aktiviti RDCI, potongan cukai tambahan 50% kepada PMKS bagi kos latihan berkaitan AI, penubuhan Sovereign AI Cloud dan Geran Pecutan Digital Malaysia bernilai RM53 juta.
Malaysia sebagai negara AI menjelang 2030 dan ia membabitkan peruntukan RM5.9 Bilion bagi aktiviti RDCI, potongan cukai tambahan 50% kepada PMKS bagi kos latihan berkaitan AI, penubuhan Sovereign AI Cloud dan Geran Pecutan Digital Malaysia bernilai RM53 juta.#BuletinTV3… pic.twitter.com/dkBogYqmyy
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Belanjawan 2026: RDCI rentas kementerian terima RM5.9 billion

DBKL diperuntuk RM500 juta baik pulih prasarana, PPR & Lif Rumah Rakyat bagi menambah baik kemudahan penjaja dan perumahan rakyat termasuk menyelenggara prasarana PPR dan membaik pulih semua kerosakan lif rumah rakyat sebelum akhir 2025.
DBKL diperuntuk RM500 juta bagi menambah baik kemudahan penjaja dan perumahan rakyat termasuk menyelenggara prasarana PPR dan membaik pulih semua kerosakan lif rumah rakyat sebelum akhir 2025.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/3guSi4HY9u
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025

Untuk merancakkan sektor pelancongan, sejumlah RM700 juta disediakan yang turut termasuk RM500 juta untuk menjayakan Kempen TMM2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lebih RM700 juta disediakan bagi merancakkan sektor pelancongan.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/q5AhKBaWJI
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Belanjawan 2026: RM700 juta rancak sektor pelancongan, TMM2026

Pemerkasaan ekonomi industri halal menerusi pembiayaan PMKS halal oleh SME Bank sehingga RM100 juta dan peningkatan jaminan Kerajaan bagi pembiayaan PKS halal oleh SJPP sehingga RM2 bilion.
Berita penuh di Belanjawan 2026: Ekosistem industri halal diperkasa, pembiayaan PMKS ditambah

Peruntukan dalam bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan dinaikkan kepada RM7.9 bilion berbanding RM7.5 bilion sebelum ini.
Kenaikan itu bagi membolehkan lebih ramai bakat tempatan dalam bidang itu dapat dilahirkan bagi memenuhi keperluan industri berpertumbuhan tinggi.
Peruntukan TVET meningkat kepada RM7.9 bilion.
Majlis TVET Negara akan memperkukuh ekosistem TVET dengan lebih menyeluruh, termasuk cadangan penggubalan RUU TVET.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/S0Y8ueuc9U
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Belanjawan 2026: Peruntukan TVET dinaikkan kepada RM7.9 bilion

Kerajaan akan memperkenalkan Status Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) yang diselaras Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menandakan kesedian Malaysia menarik lebih banyak pelaburan melalui pendekatan yang strategik biarpun berdepan tahun yang lebih mencabar pada tahun depan.
Berita penuh di Belanjawan 2026: Kerajaan perkenal ABE tarik lebih banyak pelaburan

Peruntukan RM1 Bilion Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat merangkumi inisiatif Sejati MADANI, Kampung Angkat MADANI, Sekolah Angkat MADANI, dan Sejahtera MADANI.
Berita penuh di Belanjawan 2026: RM1 bilion bagi perhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat

Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) akan dibangunkan oleh MCMC sepanjang 3,190 km dengan kos RM2 bilion yang akan dibangunkan dari Sedili di Johor, ke Kuching dan Sibu di Sarawak, seterusnya ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah.

Kerajaan akan mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan kepada kenderaan yang bernilai tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Berita penuh di Belanjawan 2026: Kerajaan hadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi, Labuan

RM48 bilion untuk projek lebuh raya Sabah dan Sarawak merangkumi Pan Borneo Sabah, Projek Sarawak–Sabah Link Road, Projek Trans Borneo, serta kerja menaik taraf jajaran Red Line di Durin dan Salim, Sibu, Sarawak.
Peruntukan sebanyak RM48 bilion untuk projek Lebuh raya Sabah dan Sarawak.
Ia merangkumi Pan Borneo Sabah, Projek Sarawak–Sabah Link Road, Projek Trans Borneo, serta kerja menaik taraf jajaran Red Line di Durin dan Salim, Sibu, Sarawak.#BuletinTV3 #Belanjawan2026… pic.twitter.com/iOqa56M214
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025

Sabah dan Sarawak menerima peruntukan Persekutuan tertinggi. Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion berbanding RM4.4 bilion (2022) manakala Sarawak bertambah kepada RM6 bilion berbanding RM2.9 bilion (2022).
Berita penuh di Belanjawan 2026: Kerajaan komited percepat pembangunan infrastruktur di Sabah, Sarawak
Lagi berita Belanjawan 2026: Peruntukan pembangunan Sabah, Sarawak meningkat kepada RM6.9 bilion dan RM6 bilion

Keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun. Setiap penjimatan bermakna lebih banyak dana untuk kebajikan, lebih banyak peruntukan untuk kos sara hidup, dan lebih banyak pelaburan prasarana rakyat yang berkualiti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif penyasaran subsidi diperkenal dapat menjimatkan RM15.5 bilion setahun.#BuletinTV3 #Belanjawan2026 #Belanjawan2026TV3 pic.twitter.com/7nkiwlHB1G
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Belanjawan 2026: Penyasaran subsidi jimatkan dana kerajaan RM15.5 bilion setahun

Kerajaan akan memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melalui peruntukan RM700 juta.
Berita penuh di Belanjawan 2026: RM700 juta perkasa SPRM, PDRM, KPDN, JDKM dan MyCC – PM

Belanjawan MADANI Keempat berjumlah RM470 Bilion dengan RM338.2 bilion ringgit bagi Belanja Mengurus (OE) Persekutuan dan RM81 bilion untuk Belanja Pembangunan (DE) Persekutuan, disokong RM30 ringgit pelaburan GLIC, RM10 bilion pelaburan awam-swasta, serta RM10.8 bilion ringgit kepada Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat MKD.
Belanjawan MADANI Keempat: RM470 Bilion
1. Belanja Mengurus: RM338.2 Bilion
2. Belanja Pembangunan: RM81 Bilion
3. Pelaburan GLIC (Ikhtiar GEAR-uP): RM30 Bilion
4. Pelaburan Awam-Swasta: RM10 Bilion
5. Pelaburan BBP dan Syarikat MKD: RM10.8 Bilion#BuletinTV3… pic.twitter.com/Jm3qBOtc75— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2025
Berita penuh di Perbelanjaan awam dalam Belanjawan 2026 meningkat kepada RM470 bilion
Lagi berita di Belanjawan 2026: Disiplin fiskal diteruskan, defisit diunjur turun ke 3.5 peratus

Belanjawan 2026 mengangkat tema Belanjawan Rakyat sekali gus menjadi belanjawan sulung yang menyemangati Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Berita penuh di Belanjawan 2026 angkat tema Belanjawan Rakyat

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memulakan Pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat tepat jam 4.05 petang.
Berita penuh di PM bentang Belanjawan 2026 di Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Parlimen di ibu negara kira-kira jam 4 petang bagi membentangkan Belanjawan 2026.
Beliau diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.
Dapatkan berita terkini, komprehensif dan inti pati Belanjawan 2026 di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan bangunan Kementerian Kewangan (MoF) di Putrajaya kira-kira jam 3.30 petang untuk ke Kompleks Parlimen di ibu negara bagi membentangkan Belanjawan 2026.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berpakaian baju Melayu lengkap berwarna biru dan bersamping diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.
Berita penuh di Belanjawan 2026: PM Anwar menuju ke Parlimen
Lagi berita PM bawa beg dokumen Belanjawan 2026 hasil tenunan pemuda OKU




