Tumpuan :
PEMBERITAHUAN:MYTV akan menjalankan penyelenggaraan dari 5 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026, jam 01:00 pagi hingga 5:00 pagi.
Infografik

Bung Moktar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia pada jam 1.46 pagi ini, di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.

Ia disahkan anak beliau, Naim Kurniawan Moktar, menerusi laman Facebooknya.

“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2025, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” menurutnya.

Sebelum ini, Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Allahyarham dilahirkan pada 14 September 1959 di Kampung Bilit, Sukau, Kinabatangan, Sabah.

Loading...
Terkini